Friday, April 10, 2015

Japan Trippe =)


Hari 1 (27/03/2015, Jumaat): 

Bismillah...

Alhamdulillah..syukur...akhirnya perancangan kami melawat negara matahari terbit "JEPUN" sudah tercapai.. Terima kasih lah ye buat makcik2 dan adik2 yg banyak membantu sepanjang perjalanan kita di sana...

Rombongan kami seramai 8 orang terdiri daripada:

Ummi, Akin, Me (Fatin), Cik Arie, Erul, Cik Zaini, Cik Karimah and Shida...

*** Tukaran mata wang setakat 27 Mac 2015 1000Y =RM 31.45 

*** Suhu sebelah pagi: 16c malam sekitar: 9c



::D7522, Everyone can fly with Air Asia X...::


Kapal kami berjaya mendarat dengan selamatnya setelah 6 jam penerbangan.Dalam hati tertanya2 juga: "Berapa lama beza Malaysia dengan Jepun ni yaa"

See..curios di situ..ya lahh..semasa kami sampai di sana sunyi sepi sudah..Waktu Malaysia lewat 1 jam daripada Jepun..so masing2 get ready lah set jam taw!




:: Tokyo International Airport Terminal, Haneda::

Memandangkan kami semua mendarat dalam jam 9.30 malam jadi kami buat keputusan sewa teksi sahaja untuk ke apartment. Masing2 keletihan dan kepenatan..x sanggup lagi nak naik train ke apartment nampaknya...



Setelah didarab ditolak dan dibahagi rate teksi ke apartment kami dari Haneda Airport sekitar 7000Y. Arigatou Gosaimasu...Thank you uncle!


::Oakwood Apartments Ariake Tokyo::

Yaa.. di sinilah tempat kami semua beradu..main masak2 (opsss...tu hanya untuk makcik2 50an++)... Very highly recommended buat sahabat-sahabat yang bawa famili ramai2..boleh main masak2 gitu..
Apartment ni memang strategik buat musafir seperti kami ni yang memang xtahu hala tuju..kami hanya bergantung kepada train semata2..

Just in case sahabat2 yang hendak mencari tempat menginap sekitar Ariake boleh klik link ini.Koto Hotel Deals..baru kami tahu Apartment ini antara tempat yang dicadangkan oleh Tripadvisor Malaysia ^_^

Untuk pengetahuan, station train yg paling hampir adalah station Kokusia-Tenjijo. Kami hanya berjalan kaki dalam sekitar 5 minit sebelum pengembaraan bertukar2 stesen =)

Hari 2 (28/03/2015, Sabtu):


Pagi weekend ni nasib lah tour guide kami (Tomoko aka stewardess A.Asia x) sudi nak teman kami jalan2..so kami ambil kesempatan jalan2 sekitar Ueno Park...


'
::Ueno Park Station::





Sebelum kami keluar picnic makcik2 sudah sedia siapkan bekalan untuk kami lunch..wow..smell so good =)) Sambil2 duduk bersantai di pesisir Shinobazu Pond..macam2 makanan yg dihidang..

*rendang ayam + nasi kosong

*sambal ikan bilis

*roti gardenia (import from Malaysia)


Rata-rata pada pagi Sabtu tu memang penuh juga lah taman Ueno ni dengan umat manusia dari pelusuk dunia..pelancong tempatan dan luar negara seperti kami jugalah yang menyumbang kesesakan di sini agaknya..

Ada juga tetamu dari Indonesia yang sempat beramah dengan kami.Oh rakan serumpun rupanya!

Ralit juga seorang makcik warga tempatan yang sedang melukis..wah!
Menghayati keindahan tasik ini rupanya =)






Di sekitar tasik ini terdapat juga satu temple bagi penganut Buddha..yang menarik di sini terdapat juga jualan makanan tempatan seperti tokoyaki, doraemon pancake dll..





Memandangkan kami ni hanya sekadar backpackers (kononyaaa)
so kami hanya menaiki train sahaja sekitar bandar Tokyo ni.. 

At least hari ketiga tu bila Tomoko dah fly kami semua gigih lahh menghafal
nama-nama station train semua niii...


Cerita di sebelah malam pula...
Akin cakap ada member dia nak bawa jalan2..


"Kak..nak pergi mana???"

Adoii...mana den tahu..nasib lah member dia ni ex-student Uni di Jepun ni..

kalau tanya saya yang memang x tahu jalan maknanya pusing belakang 
apartment lah kot : )


::Makcik2 PPUM yang gigih berjalan hingga ke malam::


Malam kedua kami di Kota Metropolitan ini kami habiskan sepenuhnya di Meguro River..Sepanjang sungai ini kami amat teruja dengan lampu2 yang menghiasi jalanan lebih2 lagi ia menghidupkan suasana sekitar kawasan. 

Wah..A night with Sakura =) 

Hari 3 (29/03/2015, Ahad):

Part ni memang kami plan awal..he3..
"Tolong bawa baju raya ye semua"
Akhirnya..inilah hasil kami!






:: Berkesempatan bersiar-siar di sekitar persisiran Odaiba ::


Wah ada Statue of Liberty di situ...kami ingat di Paris je ada..
Berlatarbelakangkan lautan yang meluas..memang awesome!!

Subhanallah!



:: Feel Raya2 lah gitu...::








:: Replika Gundam di belakang Diver City Tokyo Plaza:: 








::Hello Kitty Japan Shop::



 


Pada sebelah malam pula...
Akin, shida and erul masih nak berjalan..apa lagi kami anak2 ni sahaja yg
keluar cuci mata..makcik2 nak berehat katanya..

"Let's jom!"


::Sekitar Shibuya::


::Jumpa kebab!!::

Shibuya ni as simple kita boleh compare dengan Bukit Bintang di KL gitu..Kalau ada antara anda2 pembaca yang merancang untuk shopping branded items..you should be here!
Kami sempat ke Bic Camera..salah satu kedai yang offer pelbagai produk..dari jam tangan sehingga handphone..memang rambang baq angg...

Jadi untuk dijadikan cerita memang x rancang nak beli apa2 pun..tapi mengenangkan harga yang jauh berbeza dari Malaysia kami pun terjebak lahh..Dapat juga kami beli jam tangan ayah and akin totally around RM500..

Actually ada certain kedai yang offer tax free tapi dengan minimum purchase..Kalau lah den bawa pasport memang dapat dah tax free tu..tapi kami memang x ingat langsung nak bawak so burn around 1000Y juga lah~~



Hari 4 (30/03/2015, Isnin):


Pada pagi Isnin kami buat program masing2 memandangkan kami boleh hafal stesen yg nak dituju..jadi saya ni kira tour giude pada belah pagi..so makcik2 dah bersedia dengan duit simpanan masing2 untuk shopping sekitar Shibuya..


Umi sempat beli G-shock untuk abg kami ni,,saya pula bukan penggemar jam so x ada lah nak menambah koleksi..he3..

Sempat juga Umi, cik Zaini and cik Karimah tukar duit di sini..maklum lah masing2 dah jadi muflis sejak hari kedua..dalam x ada pilihan tu masing2 menukar duit di sana..




Sebelum pulang ke apartment kami semua singgah Venus Fort..
umi dapat handbag yang di idamkan..Alhamdulillah..







Kebetulan ada FC EXPO 2015 di Tokyo Big Sight bersebelahan mall Venus Fort ni kami pun menyinggah lah..wow..teruja dengan teknologi yang mereka pamerkan.



Kebanyakan kenderaan yang dipamerkan adalah bagi mengurangkan tahap pencemaran.
Let's Go Green!





Sebelum naik ke Apartment den ajak ummi menyinggah ke bangunan sebelah..
rupanya International Design Centre (IDC) Otsuka..
Amat tertarik dengan keunikan reka bentuk dalaman bangunan IDC ini yang
bercirikan moden - eco friendly =)

Hari 5 (31/03/2015, Selasa):

Hari terakhir kami di Tokyo ni akhirnya tiba pada waktunya..wah rasa macam dah tak nak balik ke Malaysia..tapi..masing2 ada komitmen masing2..

Terpaksa kami relakan jua..


::Pemandangan di sekitar apartment,,Tulips everywhere!::

Kebetulan ternampak cikgu2 nurseri bawa anak2 murid ke laman tulips tu..
amboii comel bangat!


Yeay!Tomoko cakap nak bawa jalan2 lagi..Makcik2 semua dah xlarat nak berjalan..
Jadi kami bawa umi ke Yoyogi Park..Kali ni steward Zahir pula menambah kuota kumpulan kami..makin bertambah ahli ya!








Actually apa yang sempat dikongsikan oleh Tomoko..sewaktu musim sakura warga tempatan pun ramai yang akan ambil cuti sempena menyambut kehadiran sakura..wah..den ingatkan pelancong luar sahaja yang teruja..malah warga tempatan pun sama!

Amazing!

Jadi,,Yoyogi Park ini merupakan salah satu spot atau attraction bagi pelawat yang memang nak buat picnic santai bersama keluarga/ sahabat taulan =)





::Harajuku street!::





::Kimono ni kalau jual murah dah lama I beli u::

 


Sebelum naik train den ternampak pula pakcik menjual souvenir seperti
 fridge magnet, tshirt dll..dah beli banyak xkan lah xada less kot pakcik..
Finally pakcik ni bagi sorang 1 chopstick then dia ukir nama kami semua =)

See..Fatin di situ!Thank you!

 

Destinasi terakhir kami ke Airport Haneda pada jam 9.30pm waktu Jepun..
Kami telah membuat tempahan awal sekitar 9.00 pagi untuk menaiki Aiport Limousine iaitu perkhidmatan bas shuttle khas ke Haneda Airport. 
Amat Berbaloi dengan rate sekitar 1600 Y per pax..
kami semua hanya perlu duduk dalam bas sehingga tiba di lapangan terbang. 



::Masing2 kepenatan..aim nak tidur dalam kapal::

Yen kami masih berbaki 2 ribu gitu..dah plan nak perhabis je di Duty Free dalam Airport ni. So apa lagi..Royce jugalah jadi pilihan kami semua =))

Sekian sahaja coretan kami selama di Tokyo, Jepun..Sekadar perkongsian pengalaman perjalanan kami..semoga lawatan dan percutian ini memberi 1001 makna buat kalian!

Insya ALLAH ada rezeki di kemudian hari mungkin ada cerita boleh dikongsikan lagi =))

No comments: