Monday, February 11, 2013

Menjala roti!

Sahabat2..
cuba anda teka,,,
apa beza roti jala dan menjala roti???

Perghh..excellent!
Mestilah bezanya kata nama dan 1 lagi tu kata kerja ryte =))

Anyway credit to owner blog kak dilla.nazri..atas resepi yg dikongsikan!
Alhamdulillah kami berjaya menjala around 15-20pieces roti jala!!!



*pic sewaktu proses penjalaan berlaku =) nyum3!
credit to cik Aya =))

Fakta bahan2 dan cara fatin menjala roti ini =) 
(anggaran 15-20 biji mengikut saiz jala)

Bahan2 Roti Jala Senin


2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( agak2 kalau tepung tu likat sangat boleh la tambah sedikit lagi)
1 cawan santan cair (memandangkan stok santan segar tiada,so kotak pon boley =))
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara penyediaan:
1. sediakan semua bahan di atas.
2. campurkan ke semua bahan kecuali tepung ke dalam mangkuk.
3. masukkan tepung gandum ke dalam campuran number 2 tadi.
4. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan pastikan tiada ketul2..
5. biarkan sebentar dalam 10 minit (agaknya untuk sebatikan bahan2 tadi kot..
6.ok.on api dapur tu (api yg kecil/sdrhana sahaja)...dengan menggunakan magic pan AVON umi den ok juga taw,,xpayah guna minyak bagai...(actually pan yg leper tu pon OK=)
7.gunakan acuan roti jala yg ada muncung tu (kebiasaan kuning tapi hari ni try bekas sos ada 3 muncung pon OK=)).
8. Agak2 cairan tepung tadi sudah masak bolehlah diangkat dan gulung ikut citarasa anda=)

"Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera...."


No comments: